Umum mengetahui bahawa Bella Dally dan Nazim Othman kini telahpun bercerai.
Bella Dally atau nama penuhnya Nabilah Ali Dally kini mahu terus move on dari kisah kegagalan perkahwinannya dan mahu terus fokus dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Melalui satu temubual dengan Kosmo, apabila ditanya, bagaimana hubungan baiknya dengan bekas suami iaitu Nazim sebagai kawan, Bella dilihat telah terdiam dan merenung seketika sebelum menyusun ayat terbaik untuk memberi jawapan.
"Buat masa sekarang, dia sekadar bekas suami saya. Tidak lebih tidak kurang. Saya masih perlukan ruang dan saya percaya bahawa dia juga begitu kerana perceraian bukan satu perkara kecil.
"Namun, saya mengharapkan yang terbaik untuknya. Saya tidak berdendam, marah atau ralat dengan Nazim, cuma kami perlu masa untuk muhasabah diri dari sudut yang lebih besar berhubung apa yang terjadi" Itulah kata-kata dari Bella Dally dengan tenang.
Dalam pada itu, Bella berkata dia tidak lah berpura untuk dilihat sebagai kuat tetapi akui kini semakin move dari kisah penceraian itu.
"Saya bukan berpura-pura kuat atau menyembunyikan perasaan daripada penglihatan orang ramai. Namun secara jujurnya, saya berasa sudah sembuh, mungkin tidak sepenuhnya tetapi cukup untuk meneruskan kehidupan.
"Perceraian itu sudah berlaku dan ia adalah hakikat yang tidak boleh diubah. Lagipun saya kini sudah tidak bersuami, jadi perlu lebih kuat untuk mencorak kehidupan sendirian selepas ini"
Menjawab tentang gelaran janda muda, Bella tidak ada penyesalan tentang perkara berkenaan.
Katanya lagi, sebagai wanita, dia harus kuat hadapi segala yang menimpa dirinya.
"Saya masih muda dan perjalanan hidup ini masih jauh lagi. Perceraian saya berlaku dengan baik dan tiada apa yang perlu disesalkan termasuk gelaran janda yang disandang.
"Ada masanya kita perlu memikirkan dan menyayangi diri terlebih dahulu sebelum risaukan orang lain. Mereka di luar sana boleh bercerita apa sahaja, namun hanya saya dan bekas suami yang tahu apa sebenarnya yang terjadi"
"Kita kena yakin dengan qada dan qadar Tuhan dan tidak perlu meratap berlebihan. Memang semua orang akan sedih apabila berlakunya perpisahan, namun kita juga perlu buktikan ia bukanlah satu penamat dalam hidup.
"Sebagai wanita, kita perlu bangkit dan yakin bahawa pasti ada perkara lebih baik untuk menanti di luar sana"
"Sewaktu hari pertama umat Islam menunaikan solat tarawih, memang hati saya berasa sayu kerana tahun ini saya pergi ke masjid sendirian berbanding berdua tahun lalu. Namun, saya cepat-cepat tersedar dan kembali okey terutama apabila jadual kerja yang padat untuk mempromosikan Crumbs by Bella ini tidak memberi ruang perkara lain datang mengganggu"
Bella akan menyambut Aidilfitri dengan bercuti bersama keluarga yang datang dari Sabah untuk ke Pulau Langkawi.
Mereka sekeluarga akan bercuti sambil menyambut hari raya seperti biasa.