Ketika umat Islam sedang menahan lapar dan dahaga sempena bulan Ramadhan ini, lain pula ceritanya dengan dua orang pelakon Dynas Mokhtar dan Sazzy Falak apabila mereka mengambil kesempatan untuk membersihkan Anak Datai, Pulau Langkawi bersama La Mer untuk kerja-kerja pembersihan pantai. Tujuan kempen pembersihan itu dijalankan adalah bersempena dengan Hari Pantai Sedunia.
Meskipun sedang berpuasa, namun tidak mematahkan semangat Dynas dan Sazzy juga untuk menjaga kebersihan alam. Mereka juga telah memuat naik beberapa gambar dan video di akaun Instagram masing-masing.
Kerja-kerja pembersihan pantai sedang dijalankan
Bersama kumpulan La Mer menjaga kebersihan pantai
Proses pembersihan batu karang